Wednesday, July 27, 2016

3 Petua Hilangkan Resdung


1. Kurangkan minuman dan makanan yang berasaskan kafein dan MSG.

Minuman berasaskan kafein contohnya kopi espresso, cappucino dan lain-lain menyebabkan resdung anda makin menjadi-jadi.

Kalau boleh cuba elakkan kafein dengan banyakkan meminum air suam atau air mineral. MSG pula banyak dalam makanan-makanan ringan dan Aji******. Makan makanan yang berkhasiat.

2. Sentiasa amalkan sebelum tidur (T. I. S)

- Taawudz (A'uzubillah.... Rajim)  10x
- Istighfar (Astaghfirullahal Azim) 21x
- Selawat (Allahumma solli ala Muhammad dan sebagainya) 11x

 Bacakan pada air segelas atau sejug dan niatkan dihilangkan penyakit resdung anda. Air tersebut buat cuci mulut, hidung dan lubang telinga.

Petua ini saya dapatkan daripada pengamal perubatan islam terapi islam al-fatah, melaka.

3. Sediakan herba alami

A) Segenggam cengkih
B) Sebatang kulit kayu manis
C) 7-14 biji buah pelaga
D) Sepotong gambir

Campurkan ke semua bahan sekali dan rebuskan. Biar panas sekejap. Ambil air tadi masukkan kedalam mangkuk, periuk atau yang sesuai.

Dalam keadaan berwap, serkupkan wajah anda ke dalam wap. Biar wap dari air rebusan tadi kena pada muka hingga keluar lendir jernih dari hidung. Biar sampai lega. Lapkan dan selepas itu mandi air suam.

Ada cara yang lebih mudah, senang dan cepat. Klik >> RajaResdung


Semoga sembuh dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment